Bagi mereka yang beriman, lidah yang dikurniakan oleh Allah itu tidak digunakan utuk berbicara sesuka hati dan sia-sia. Sebaliknya digunakan untuk mengeluarkan mutiara-mutiara yang berhikmah.Oleh itu, DIAM adalah benteng bagi lidah manusia daripada mengucapkan perkataan yang sia-sia.
** Hadis Rasullulah :-
[“Barangsiapa yang banyak perkataannya, nescaya banyaklah silapnya. Barangsiapa yang banyak silapnya, nescaya banyaklah dosanya. Dan barangsiapa yang banyak dosanya, nescaya neraka lebih utama baginya"]
( RW ABU NAIM )
["Barangsiapa yang beriman kepada Alah dan Hari Akhirat, maka hendaklah ia berkata yang baik atau diam"]
( RW BUKHARI & MUSLIM )
** Madah Dari Hukama:
- Banyak diam tidak semestinya bodoh, Banyak cakap tidak semestinya cerdik, kerana kecerdikan itu buah fikiran, orang cerdik yang pendiam lebih baik dari orang bodoh yang banyak cakap.
- Menasihati orang yang bersalah, tidak salah. Yang salahnya adalah memikirkan kesalahan orang..